Wednesday, October 28, 2015

Note sharing : Berbagi Bahagia

Kasih sayang Allah melebihi kasih sayang seorang ibu kepada anaknya 70x kali ganda lagi!!

Untuk berbagi bahagia itu bukan pada kuantiti yang dimiliki, tetapi pada kualiti hati yg memiliki.

Berbagi bahagia itu bukan hanya sesama manusia, tetapi sesama makhluk. Seperti kisah seorang yg kehausan di padang pasir dan seekor anjing.

Nabi saw menganjurkan kpd kita untuk sentiasa berkongsi. Dunia akan menjadi jalan untuk manusia yg mempunyai tujuan. Allah sentiasa mampu membuka jalan buat manusia yg ingin dan mahu.

Nilai pada sesuatu makanan itu bukan pada kuantiti, tapi pada barakah. Makanan yg barakah itu ialah pabila membaca nama Allah, dan makanan yg dikongsi. In sha Allah, sentiasa cukup bagi sesiapa yg suka berkongsi.

Berkongsi dalam ibadah.
Dalam berdoa, jgn doa pada kita sahaja. Tapi doakan juga utk org lain.
Kerana syurga itu luas.
Dalam solat pula, solat sendiri dapat 1pahala. Berjemaah dapat 27.
Fikir keuntungan akhirat.

Yg dikata bahagia itu di dalam hati.
Hati itu ma'nawi, tiada limitation.
Semakin kita berkongsi bahagia, semakin banyak bahagia yg kita rasa.

Kita takkan bahagia selagi orang sekeliling kita belum bahagia. Sebab itu, bahagia itu perlu dicapai secara bersama.

Tidak ada kebahagiaan di atas penderitaan orang lain.

Nota Berbagi Bahagia, Islam itu Indah
Us. Pahrol Md Juoi.
Ikim fm.
28/10/2015

No comments:

Post a Comment