Tuesday, October 20, 2015

Moments at #Fastaqim

1. Melihat berpuluh ribu manusia mengibarkan bendera kemegahan Parti Islam Semalaysia. Sangat indah dan megah.

2. Mendengar laungan takbir bergema dan menggetar hati, terutama apabila Presiden masuk ke stadium dan sewaktu berucap.

3. Melihat wajah Tuan Guru Presiden sebak sewaktu membacakan doa buat kaum muslimin.

4. Seorang ayah mengajarkan anak kecilnya mengambil wudhuk.

5. Ahli dan penyokong dari seluruh pelusuk negeri yang hadir tanpa sponsor amdari sesiapa. Program berlangsung di Kelantan tetapi dikelilingi orang Kedah!

6. Melihat bendera besar negeri Terengganu, bendera Pas dan bendera Syria dikibarkan dari jauh.

7. Penyokong dari pelbagai peringkat umur hadir. OKU pun ada!

8. Pengumuman kehilangan ayah. Ini comel (⌒_⌒;)

9. Berdiri megah menyanyikan lagu negara, lagu Pas dan satu lagu tema. Roh perjuangan meresap masuk.

10. Menatap wajah pemimpin walaupun dari skrin sahaja tetapi cukup bermakna.

Kesilapan besar buat diri kerana tertidur sepanjang acara berlangsung. Semoga keberkatan berada di dalam majlis yg dihadiri ulama' dan pejuang yg ikhlas terkena tempias buat diriku. :(

Orang muda sokong Ulama'!

No comments:

Post a Comment