Thursday, January 7, 2016

Perkahwinan

'Perkahwinan itu ialah tawakkal tertinggi kepada Allah.'

Aku terbaca tentang sebuah kisah yg dinukilkan seseorang di laman facebook baru-baru ini. Perkongsian nya yg bertajuk 'seratus lima puluh hari menjadi isteri' (seingat aku.), berkisar tentang pengalaman baru nya bergelar seorang isteri.

Aku tertarik dengan satu ayat yg ditulis,
'Perkahwinan itu tawakal paling tinggi kepada Allah.'.. Kebetulan, pada waktu yg sama, aku sedang berfikir tentang sebuah perkahwinan. Menurut aku, sungguh ajaib bila seseorang menikah dgn pasangan nya yg langsung tidak dikenali, atau mungkin tidak begitu dikenali.. Aku terfikir, bagaimana agaknya penerimaan mereka terhadap pasangan mereka itu.

Bagi aku, semua orang mempunyai expectations yg berbeza terhadap sebuah perkahwinan, dan juga pasangan mereka sendiri. Contohnya, apa yg mereka mahu dan harapkan dlm perkahwinan dan kpd pasangan. Sudah pasti semua orang inginkan yg terbaik buat diri sendiri.
Aku juga begitu...

Kerana itulah dikatakan, 'perkahwinan itu tawakal tertinggi'.. Walau setinggi mana harapan kita, kita pasakkan redha dan harap hanya kpd Allah.. Memang kita tidak mengenali dia, tidak mencintai dia, tapi apakah itu syarat wajib utk sebuah perkahwinan? Sudah tentu tidak.. Kerana itu tawakkul kita itu tinggi kpd Allah. Setelah berusaha mencari, berjanji dan menikah krna Allah, kita berserah kpd Allah sahaja utk jalan seterusnya. Sungguh, ini mmg penyerahan yg benar-benar kerana Allah! Seumur hidup bakal dihabiskan bersama insan baru, sudah pasti rasa gementar dan takut menyelubungi. Maka bertawakkal lah kpd Allah.. Supaya tenang hatimu.

Zaman yg penuh fitnah dan pancaroba ini, sewajarnya rasa takut itu menyerang. Tapi kawallah dengan bercerita kpd Allah... Kerana hanya kpd Allah tempat kita bergantung atas semua perkara.

Sesungguhnya, aku takut dan tak bersedia nak kahwin walaupun dah 2016!!

Hu hu hu.

Hanan,
070116,
Rumah cantik,
Cuti sem ;)

No comments:

Post a Comment