Tuesday, January 26, 2016

Aku. Versi 2

sejak jadi besar ni,
aku dapat rasakan diri aku mempunyai satu perasaan yg sukar difahami.
aku rasa perasaan itu sebenarnya bernama ego.

ego?
dulu, aku merasa tidak ego.
ya mungkin aku perasan, sebab masa tu belum memahami makna ego.

rupanya begini ya ego.

ego lah yg membuat aku rasa sakit hati, selalu rasa baik dari orang lain, selalu mahu menang, selalu rasa orang lain memerlukan aku, selalu mahu keperluan aku dipenuhi, selalu merasa aku seorang yg penting.

dan bila hajat ku tidak dipenuhi, aku akan merasa marah meluap luap di dalam hati.

entah.

sakit? sangat sakit bila ia datang. bila ego terasa tercalar.

kemahuan ego tidak boleh dipenuhi sentiasa. you cannot feed your ego, or else it will grow stronger.

ubat nya?

istighfar dan muhasabah.

-silence-

No comments:

Post a Comment