Wednesday, March 30, 2016

Mahar Vs Hantaran (Datuk Dr. Zulkifli Al Bakri)

Mahar VS Hantaran

Perkahwinan sepatutnya memberikan sakinah (ketenangan), mawaddah (kasih sayang) dan juga rahmat. Itulah antara matlamat dan rahsia di sebalik sebuah perkahwinan seperti yang telah Allah SWT firmankan di dalam Surah al-Ruum, ayat ke-21. Perkahwinan juga perlulah dipermudahkan agar ianya memperoleh keberkatan.

Rentetan dari peristiwa yang viral baru-baru ini berkaitan isu wang hantaran yang mencetuskan pergaduhan di antara dua keluarga, siri Bayan Linnas pada kali ini akan cuba untuk mengupas mengenai konsep perkahwinan yang diterapkan oleh Islam.

_________________________________________________________________

Mukadimah

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Baru-baru ini viral di media sosial mengenai sebuah majlis perkahwinan yang bertukar menjadi medan permusuhan dan kebencian yang dikatakan berkenaan nilai wang hantaran yang dijanjikan kepada pihak pengantin perempuan oleh pihak pengantin lelaki tidak ditunaikan.
Walaupun begitu, kami mengambil pendekatan untuk tidak menghukum mana-mana pihak kerana beberapa alasan:

• Maklumat yang kurang jelas mengenai peristiwa tersebut.
• Boleh jadi ianya tidak berlaku adil pada salah satu pihak.
• Perlu kepada penjelasan yang benar dari semua pihak yang terlibat.

Rentetan dari peristiwa tersebut, Bayan Linnas  pada kali ini tampil untuk memberikan keterangan umum mengenai konsep perkahwinan yang diterapkan oleh Islam semoga dengannya, dapat kita sama-sama mengambil manfaat.

Matlamat Perkahwinan

Kami mulakan dengan rahsia dan matlamat perkahwinan yang mana telah Allah SWT firmankan:

وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٰجٗا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَكُم مَّوَدَّةٗ وَرَحۡمَةًۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّقَوۡمٖ يَتَفَكَّرُونَ ٢١

Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
(Al-Ruum: 21)

Syeikh Ahmad Mustafa al-Maraghi Rahimahullah di dalam tafsirnya menyebutkan: “Antara tanda yang menunjukkan adanya hari kebangkitan dan dikumpulkan seluruh manusia di hadapan Allah SWT ialah dengan menjadikan bidadari daripada isteri kamu sendiri untuk menikmati kebahagiaan-Nya. Secara tidak langsung Dia menanamkan rasa cinta dan kasih saying bagi membentuk kehidupan keluarganya dengan sistem yang baik”.

Daripada ayat ini, matlamat sebenar perkahwinan ialah untuk mendapatkan sakinah (ketenangan), mawaddah (kasih sayang) dan rahmat. Inilah tujuan utama sesebuah perkahwinan disamping untuk mendapatkan zuriat yang baik.

Pilihan Yang Ada

Islam memandang bahawa perkahwinan itu adalah suatu ibadah yang sangat serius. Oleh yang demikian, Islam amat menitikberatkan aspek pemilihan calon isteri dan suami dalam pembentukan sesebuah keluarga itu. Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW pernah bersabda:

تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

Maksudnya: Dinikahi perempuan itu kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya (status), kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang beragama nescaya beruntunglah kamu.
Riwayat Al-Bukhari (5090) & Muslim (1466)

Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah mengatakan bahawa hadith di atas menerangkan kepada kita bahawa kebiasaan adat seseorang apabila ingin menikahi wanita, terdapat empat perkara yang menjadi kayu pengukur dan Rasulullah SAW menyuruh agar dilihat pada agamanya kerana ianya menguntungkan kamu di dunia dan di akhirat. (Lihat Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 10/51-52)

Mahar VS Hantaran

Kekeliruan sering berlaku di antara mahar dan juga hantaran yang akhirnya menimbulkan tanda tanya, mana satukah yang sebenarnya disyariatkan oleh Islam? Mahar ialah pemberian yang diwajibkan daripada pengantin lelaki kepada pengantin perempuan dan ianya juga dinamakan dengan mas kahwin.
Manakala mahar di sisi istilah fiqh pula membawa maksud sesuatu harta yang wajib diserahkan oleh pihak lelaki kepada perempuan kerana berlakunya akad nikah yang menghalalkan perhubungan di antara keduanya. Istilah mahar juga disebut juga dengan al-Sodaaq di dalam kitab-kitab fiqh bahkan terdapat juga nama-nama yang lain diberikan untuk mahar yang mana kesemua istilah tersebut terdapat di dalam Al-Quran dan juga hadith Nabi SAW.

Masyhur di sisi masayarakat Melayu kita pula dengan istilah hantaran perkahwinan yang mana membawa maksud wang yang dihantar oleh pihak lelaki kepada bakal mentua untuk perbelanjaan perkahwinan ataupun disebutkan juga sebagai belanja hangus. Ianya juga berupa hadiah seperti makanan, pakaian dan sebagainya.

Islam hanya menetapkan mahar di dalam perkahwinan, adapun hantaran berupa wang ataupun barang, ianya tertakluk kepada budi bicara, perbincangan di antara kedua belah pihak dan sepatutnya mahar dan hantaran ini tidak menjadi penghalang bagi perkahwinan yang bakal dilangsungkan.

Sebaik-baik Mahar

Tiada had yang tertentu bagi sesebuah mahar. Oleh itu, ianya tiada had terendah dan juga had maksimum dalam nilaian mahar tersebut bahkan yang pastinya, semua benda yang bernilai dan mempunyai nilai untuk dijual ataupun dijadikan sewaan maka ianya boleh dijadikan mahar sama ada ianya berbentuk ‘ain (barang tersebut), hutang ataupun manfaat, sedikit atau banyaknya ia seperti kereta, ataupun RM 5,000.00, ataupun sebuah rumah, ataupun mahar dari segi mengajarkan sesuatu dari ilmu-ilmu seperti mengajarkan Al-Quran kepada isteri.

Meskipun syarak tidak menetapkan kadar mahar namun di sana terdapat petunjuk dari Nabi SAW agar mahar ini dipermudahkan. Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW bersabda:

خَيْرُ النِّكَاحِ أَيْسَرُهُ

Maksudnya: Sebaik-baik pernikahan adalah yang dipermudahkan maharnya.

Riwayat Ibn Hibban (4072)

Dalam sebuah hadith yang lain pula, dari ‘Aisyah R.Anha bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ أَعْظَمَ النِّكَاحِ بَرَكَةً أَيْسَرُهُ مَؤُونَةً

Maksudnya: Sesungguhnya, perkahwinan yang paling agung dan berkat adalah yang dipermudahkan perbelanjaannya.

Riwayat Al-Imam Ahmad (24529)

Berdasarkan hadith di atas, jelas menunjukkan betapa pernikahan yang tidak diasaskan dengan nilai yang mahal mas kahwinnya akan dikurniakan keberkatan. Penghargaan yang diberikan dari pihak perempuan terhadap keluarga lelaki menunjukkan keikhlasan dalam menjalinkan hubungan di antara dua keluarga. Keikhlasan yang dizahirkan akan menghilangkan sangkaan seperti mata duitan dapat dilenyapkan dari kamus kehidupan mereka.

Telah berkata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah Rahimahullah: “Barang siapa yang nafsunya mengajak kepada meninggikan mahar anak perempuan mereka melebihi mahar anak-anak perempuan Nabi SAW yang mana mereka itu adalah sebaik-baik ciptaan Allah SWT dari segenap kebaikan dan mereka itu adalah sebaik-baik wanita sekalian alam pada setiap sifat adalah jahil. Begitu juga dengan mahar isteri-isteri Rasulullah SAW dan ianya atas kemampuan dan kemudahan. Adapun golongan fakir tidaklah perlu untuk mereka memberikan mahar kecuali dengan apa yang termampu tanpa adanya sebarang masalah”.

Diriwayatkan bahawa mahar untuk isteri-isteri dan anak perempuan Baginda SAW, seperti yang terdapat di dalam Sunan Ibn Majah  adalah tidak melebihi 12 uqiyyah. Ianya bersamaan dengan 480 dirham iaitu sekitar 135 riyal perak.

Justeru, disyorkan agar mas kahwin mengikut kadar kemampuan, serta adat yang munasabah. Ianya semata-mata demi mencari keredhaan Allah SWT dan hadith Nabi SAW ada menyebutkan:

فَالْتَمِسْ وَلَوْ خَاتَمًا مِنْ حَدِيدٍ

Maksudnya: Carilah sesuatu meskipun sebentuk cincin besi.

Riwayat Al-Bukhari (5121)

Inilah Pesananku…

Kami titipkan di sini beberapa perkara agar dapat di ambil perhatian bagi pasangan pengantin dan juga buat kedua-dua keluarga agar perjalanan majlis diberkati dan diredhai oleh Allah SWT. Antaranya:

1. Betulkan niat bahawa perkahwinan sejuzuk dari kehidupan yang semestinya dinawaitukan semata-mata Allah SWT. Benarlah firman Allah SWT:

قُلۡ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحۡيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ ١٦٢

Maksudnya: Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”.

(Al-An’aam: 162)

2. Perkahwinan asas dan matlamatnya seperti yang telah kami nyatakan pada awal perbincangan iaitu sakinah, mawaddah dan rahmah. Dengan memahami matlamat ini, sebarang tindakan kita semata-mata mencapai matlamat tersebut.

3. Hendaklah kita menzahirkan rasa suka dan gembira serta menyebarkannya dalam urusan perkahwinan kerana matlamatnya untuk sama-sama gembira atas himpunan dari dua keluarga melalui pasangan masing-masing. Amat malang jika api kemarahan, kata nista dan ucapan yang kurang baik telah menguasai majlis yang diharapkan mendapat keberkatan dari Allah SWT.

4. Prinsip memudahkan dan bukannya memayahkan amat penting untuk diaplikasikan termasuklah di dalam perkahwinan. Firman Allah SWT:

يُرِيدُ ٱللَّهُ بِكُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ ٱلۡعُسۡرَ

Maksudnya: Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.

(Al-Baqarah: 185)

5. Hendaklah kita merapatkan saf ukhwah Islamiyyah sementelahan lagi dilaksanakan ikatan perkahwinan. Ingatlah api dendam kemarahan dan menunjukkan sikap yang kasar banyak berakhir dan menatijahkan kekesalan. Alangkah baiknya jika sikap berlapang dada, hormat menghormati antara pasangan , kaum keluarga dan sahabat handai dapat diterapkan sudah tentu ianya menatIjahkan keadaan yang harmoni.

Akhir kalam, saya mengambil kesempatan untuk menasihati agar kita sama-sama membuang yang keruh dan mengambil yang jernih dalam memperbaiki kembali hubungan serta bersamanya kemaafan agar kehidupan kita sentiasa tenang. Ikatlah perkahwinan sebaik mungkin dan jangan biarkan syaitan, nafsu menguasai kita. Ingatlah, Allah SWT amat suka orang yang pemaaf. Binalah kembali hubungan kerana Allah SWT. InsyaAllah sinar bahaya akan muncul dari ufuk kehidupan kita. Saya berdoa agar Allah SWT sirami hati kita dalam kehidupan ini dan menjadikan kita hamba-hambaNya yang taat perintah dan mencapai mardhatillah.

Akhukum fillah,

S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

30 Mac 2016 bersamaan 21 Jamadilakhir 1437H

Pautan ke laman rasmi... http://goo.gl/V1mmi0


Monday, March 7, 2016

Allah loves the muhsineen.



I ve been having a lot of internal conflict with myself lately.
It's a matter of doing good to others, especially your friend versus caring for your own self.
It has made me feel so burdened. Astaghfirullah.
And today I confessed to a friend whom seems to be can read my mind. She told me that she noticed it for quite some time but she has been waiting for me to be open about it.
And of course, she's right about it.

Astaghfirullah may Allah forgive me for my weaknesses.

So, while Im reading the Quran just now, going through the translations... Ive found this. In fact, this is the first verse that I read today. Before reading this, I am actually thinking about the problem. On how to solve it, how to face it in the most subtle way... Having come to my own conclusion, I decided to ask for another friend's help. And after reading the verse, I'd got the reply from her and alhamdulillah. Allah answered my doa!
Allah knows I can't bear it any longer... For the turmoils inside of me has turned to be volcanoes waiting for the day it would burst and come out! Luckily Allah saves me from that.

Allahu akbar.

It's too hard.. It's really a great challenge when you know you are being true to yourself. That you cant carry it anymore.

Muhsineen, Mukhliseen, Musbireen.

I wish...

7mac2015

Wednesday, February 24, 2016

Di jalan dakwah. Benarkah?

"Menentukan pilihan pasangan hidup bukan peristiwa yg dampaknya hanya sesaat, melainkan memiliki dampak luas dan panjang sampai seumur-umur hidup, bahkan sampai urusan akhirat kita."

_________________________________________

Buku ini telah dibeli beberapa sem sudah, sem ni baru tergerak hati utk baca. Melihat intipati kandungan buku ini membuatku tergelak kecil pada mulanya.. kerana ada yg nampak seperti perkara remeh, namun diulas panjang oleh penulis. Ternyata, impaknya besar biarpun nampak kecil dan remeh.

Kalau diikutkan, buku ini perlu dibaca setiap pasangan yg mempunyai impian utk menikah di jalan dakwah. Mudah difahami dan teratur mengikut turutan dari persiapan sebelum, semasa dan selepas walimah. Sangat membantu. (Y)

________________________________________

"Sungguh, saya menginginkan, bertemu calon suami dalam rentang sajadah yg indah: di jalan dakwah!" (Ida Nur Laila, isteri penulis)

Setiap yg cinta pada jalan dakwah dan tarbiyah ini pasti tidak lari dari mengimpikan pasangan yg juga cinta akan nya. :)

#ReadForMalaysia
#QumFaanzir
#malugopwasepostgini
#K.

*Takpe bace buku ni, kan dah last sem.* (Ayat sape ntah -.-)


Monday, February 22, 2016

'Jazakallahu khayran kathira' :')

'Jazakallahu khayran kathira.'

Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan yang banyak.

Begitulah kiranya maksud JZKK daripada pengetahuan bahasa arab ku yang terhad.

Aku rasa ucapan dalam bahasa arab yg menggantikan ucapan 'terima kasih' atau 'thank you' ini terlalu luar biasa nilainya.

Terlalu indah maksudnya,
Terlalu berharga.

Menyegarkan jiwa.

Ia bukan sekadar ucapan, tetapi sebenarnya sebuah doa.

Bahasa syurga yg indah.

--

Maka, apabila aku tuturkan jazakillahu khayran kathira buatmu,

Ketahuilah bahawa aku betul-betul mengharap pada Allah agar engkau dikurniakan dgn balasan yg baik lagi banyak dari Nya.

Kerana aku tahu, tidak mampu untukku membalas budi mu dengan kudrat ku.

JZKK utk sesiapa jua yg pernah berbudi pada diriku, dan keluargaku.

:)

Friday, February 19, 2016

The always nervous lady

postgraduate life is making me suffer. good suffer it is.

i prayed to Allah one time to make me busy with good things so I'm occupied with good works and not inclining myself doing harmful things. so here it is. Allah has granted my prayers. alhamdulillah.

im grateful for it as my mind can't stop thinking on how to make myself survive in this postgraduate life. haha. i was so busy thinking about it sometimes bcs i am so terrified of the 'what ifs'

what if i fail
what if i cant do it
what if i cant do it on time
what if the assignments are not good enough
what if i cant stand up to my lecturers' expectations

so many what ifs that cause troublesome in my mind. such a chaotic mind inside

and then i realize that Allah is here
Allah knows
seek Allah's help bcs only He can make it happen
'kun fayakun'

InsyaAllah i will made this to the end

fighting!!!

Monday, February 15, 2016

For my soulmate.

Assalamualaikum.

Membelek kenangan posts lama di facebook, 'on this day' setahun yang lepas.
Ternyata ada sesuatu yg pernah ku nukilkan buat seorang sahabat.
Tapi post ini ditetapkan privacy kepada 'only me', malu agaknya waktu ni kalau ade yg baca. :P

Takpela. Post kat blog je.. kalau dia baca, alhamdulillah.
Kalau tak baca pun, alhamdulillah jugak.

:)

15/2/2016
Kshoppe Agrosis Uiam

(Harini jumpa dia bersama kekasih baru =')

-------------------------------------------------------------------------------

For my soulmate.

Dari cfs mengenalimu,
Kau terlihat sangat tegas di mataku.
Tambahan lagi, kau berada di posisi yg tinggi,
Aku menjadi tidak berani..
Sangkaku, mana mungkin aku dapat mendekati dirimu.

Di gombak,
Ditakdirkan Allah seusrah denganmu,
Aku jadi tak keruan.
Sungguh perasaan berdebar dan gelisah.
Bagaimana aku ingin memulakan..

Ternyata aku silap,
tersalah menilai dari luaran.
Kau seorang yg senang didekati..
Dari situ kita mula dekat Dehearty.

Sehingga sekarang, masih ku tidak percaya,
terlalu banyak yg engkau bercerita..
membuka rahsia di dada.
Insya Allah, tidak mungkin aku sanggup membuka mulut tentangnya.

Aku jadi makin terkesima,
melihat perjalanan hidupmu,
mendaki dari satu tangga ke satu tangga.
Satu persatu, kau gagahi jua..

Aku dan dirimu terlalu berbeza,
Engkau di hadapan sana,
sedang aku hanya manusia di belakang tabir.
Melihat kejayaanmu membuatkan aku juga merasa bahagia..

Terlalu banyak rasa hati yang dikongsi bersama,
mendalami isi hati seorang perempuan.
Sungguh ku akui,
Engkau bukan sebarang gadis biasa,

Di mata orang, kau seorang yang gagah, garang dan tegas perwatakan.
Di sisi kawan-kawan, terlihat sisi lain tentangmu.
Saat kau mengadu kelelahan, tetap bibirmu mengukir senyuman.
Saat semua berharap padamu, kau tetap tenang.

Semoga segala puji tak buatmu meninggi diri,
dan segala caci tak buatmu merasa keji.

15/2/2015

Thursday, February 4, 2016

the making of a superlady.

pujuk hati untuk sabar.
pujuk hati untuk kuat.
pujuk hati untuk teruskan.
pujuk hati untuk gembira.
pujuk hati untuk positif.
pujuk hati untuk tenang.
pujuk hati untuk rajin.
pujuk hati untuk berdoa.
pujuk hati untuk yakin.
pujuk hati untuk senyum.
pujuk hati untuk tabah.
pujuk hati untuk bersyukur.
pujuk hati untuk qanaah.
pujuk hati untuk berlapang dada.
pujuk hati untuk melupakan.
pujuk hati untuk ceria.
pujuk hati untuk berdamai.
pujuk hati untuk gigih.
pujuk hati untuk semua.